Jambatan Kasih dalam Bersahabat

Wednesday, 28 March 2012


bismillahirrahmanirrahim..

Dengan lafaz Allah, hari ni sy memulakan hari sy dengan bertajahud menyembah Dia.Alhamdulillah, Allah masih lagi beri sy nyawa dan nafas untuk sy terus sujud di hadapan Nya..Subhanallah..indah sungguh sepertiga malam itu...dan lebih indah dan tenang apabila malam itu ditemani sahabat yang sama sama berusaha mencari keredhaanNYA,..


   sahabat satu dalam sejuta


keutuhan dan kekuatan dalam persahabatan itu datangnya dari tali ketaatan kita pada Allah.andai tali itu kita jaga dan simpan sebaik mungkin atas nama dan dasar cinta Allah, insyaAllah, jannah itu bakal kita temui..sedang sy memikirkan sahabat2 yang yang jauh di mata namun dekat di hati, terbayang kenangn indah yang kami lalui.tak kurang juga pengalaman dan memori pahit yang mengeratkan lagi tali ukhwah kami.terdetik di hati, masih adakah lagi peluang dan masa untuk kita sama sama harungi pengalaman yang sama? masih sempat kah kita melayari persahabatan ini dengan cinta dan keikhlasan? masih adakah namaku di hati kalian sebagai sahabat? atau kasih itu sudah bertukar kepada benci dan dendam? nauzubillah....

sahabatku, andai kalian tahu, nama kalian tidak pernah lekang dan kering dalam doaku.tidak pernah lupa untuk aku pohon pada Tuhan agar kita takkan pernah dipisahkan selain maut.andai kalian juga tahu, aku rindu untuk kembali pada zaman itu.namun, kenyataannya, Allah berikan pengalaman ini untuk aku sedar dan hayati, bahawa sahabat syurga itu bermula dengan keikhasan.

setelah aku hayati dan berfikir sejenak, persahabatan itu memerlukan cinta dan kasih sayang.cinta yang takkan pernah hambar dek kesalahan kecil, keegeoan mahupun dendam.persahabatan itu adalah jambatan kasih, JAMBATAN KASIH untuk kita ke JANNAH Allah..andai cinta dan kasih itu tiada, mana mungkin kita berjumpa jannah sahabatku...


Membina Jambatan Kasih Bersama
Sesebuah persahabatan itu, apatah lagi persahabatan yang telah terbina untuk mencari keredhaan ALLAh, tidak akan bahagia dan berjaya apabila sebelah pihak sahaja yang berusaha untuk menyerikan dan menyemai cinta Ilahi. Jika begitu, kejadiannya akan tempang.
Bagi saya, ada dua jenis persahabatan. Pertama, persahabatan yang terbina kerana dunia. Kedua, persahabatan yang terbina kerana dunia, dan juga akhirat.
Persahabatan kerana dunia itu, boleh menjadi persahabatan yang sejati. Tetapi sejatinya, hanya berada di dunia sahaja. Persahabatan yang terjalin hanya untuk dunia. Manakala persahabatan jenis kedua adalah persahabatan yang terjalin di dunia dan berusaha bersama-sama menjaga jambatan kasih untuk digunakan di akhirat sana.
Jambatan Kasih – Ketaatan Sebagai Seorang Hamba.
Dalam sesebuah persahabatan fillah, ada yang menghubungkannya, iaitu ALLAh Ta’ala. Dan jika ada diantara anda mengaku bersahabat kerana ALLAh, maka anda sepatutnya bersama-sama bersama sahabat anda untuk menjaga Haq ALLAh!
Sejauh mana tingkat zikir, ibadah, saling memperingati akan akhirat, saling mengkoreksi diri terhadap ketaatan kepada ALLAh Ta’ala, dan dakwah di jalan-Nya yang memenuhi nuansa persahabatan, maka sejauh itulah eratnya persahabatan dan jalinan cinta yang terjalin diantara kedua-dua individu tersebut.
Manusia yang bersahabat dan saling memperingati serta menjaga dan memperkukuhkan hubungan dengan ALLAh Ta’ala, maka ALLAh Ta’ala pun akan menjaga persahabatan mereka dan mengikat hati-hati mereka dengan Tali-Nya!
MashaAllah. Tabarakallah~
‘Jambatan Kasih’ itu tidak akan berjaya dibina oleh seorang individu andai individu lain yang sepatutnya turut membina dan menjaganya melepaskan tanggungjawabnya dengan begitu sahaja. Apa yang pentingnya adalah, kerjasama diantara kedua-duanya!
Percaya tidak kalau saya katakan, andai seseorang itu hubungannya dengan ALLAh Ta’ala ada masalah. Maka hubungannya juga bermasalah dengan manusia lain, termasuklah sahabatnya.
Persahabatan yang tiada peringatan demi peringatan mengenai hidup dan akhirat, maka akan ada suatu kegersangan disitu. Percaya? Terpulang kepada anda.
Senyum.
Persahabatan Yang Menjadi Gersang
Saya sangat percaya. Hubungan persahabatan yang kering dari makna-makna zikir, ibadah, saling menasihati, memperingati perihal akhirat dan mendorong semangat dakwah, maka kegersangan ukhuwwah akan semakin terasa. Lalu akan timbul pelbagai masalah hati; prasangka. Prasangka yang hanya membawa kesusahan kepada diri masing-masing.
Persahabatan yang gersang akan membuatkan hati bertambah sakit dan cepat bosan. Seterusnya, seseorang itu akan senang kepada benda-benda yang lagho dan tidak menjaga hak persahabatan dan hak ALLAh. Dan perbuatan itu hanya akan membuka pintu kerosakan dan perselisihan. Dan akhirnya terciptalah dosa sebagai dinding pemisah jarak yang hanya akan memburaikan ikatan ukhuwah. Kesan daripada itu, terpisahlah dua sahabat kerana hal yang tidak sepatutnya.
 Ada sebuah hadis Rasulullah SAW,
“Tidaklah dua orang yang saling berkasih-sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang diantara keduanya.” – HR. Bukhari & Ahmad
MashaAllah~
Membina jambatan kasih, perlu ada kerjasama, bukan?
Perpisahan antara dua sahabat, ataupun masalah yang terjadi sepanjang tempoh tersebut, boleh jadi kerana teguran dari ALLAh Ta’ala. Masa itu, beruntung bagi yang membuka mata hatinya. Dan sangat rugi bagi orang yang apabila telah berpisah dengan sahabat yang pernah disayanginya, maka dia memburuk-burukkan lagi sahabat itu.
Moga-moga, diantara kita, tiada perpisahan yang berlaku. Dan kalau pun ada perpisahan, biarlah perpisahan itu kerana gugurnya salah seorang di medan dakwah.
Subhanallah~
Saya kira, kelebihan hubungan ukhuwah yang terjalin kerana ALLAh adalah kerana didalamnya masing-masing sentiasa mengingatkan mengenai masalah diri dan ummah serta hari akhirat. Dengan cara itu, masing-masing akan terdorong untuk melakukan ketaatan agar dipandang oleh ALLAh dengan pandangan rahmat. Dengan harapan, moga anda dan sahabat anda tidak hanya bersama di dunia.
Malah bersama sehingga di akhirat sana.

dan mohon juga sahabatku sekalian, jangan pernah ada sifat ini dalam kisah kita.senyum :)



saya sayang kalian! dan cinta ini berlandaskan cintaku pada penciptaku

0 comments: