Sahabat

Saturday, 17 December 2011

hari ni macam terlebih rajin lah pulak nak update blog.entah feeling mana pulak yang saya dapat ni..teheee..
SAHABAT, kalian semua mesti punya sahabat kan? xkisah lah sahabat dari umur berapa sekali pun.yang penting sahabat itu boleh berada dengan kita saat suka dan duka..yang boleh pinjam kan bahu dia untuk kita merembeskan air mata dan sewaktu dengannya,,hehe..tapi yang penting punya telinga untuk mendengar celoteh kita tatkala duka dan mampu memberikan semangat untuk kita terus berlari...chewah...berlari kot mana tahu! heheh...dalam hidup saya sendiri saya punya sahabat yang datangnya dari pelbagai jenis background..ada yang jauh nun dari pantai timur dan utara, dari macam2 jenis sekolah pun ada. dan ada juga yang da terbiasa dengan bantal dan cik ted saya! :)

ok lah panjang bebenor la pulak kan saya nk buat intro..saya punya sahabat yang saya boleh klassifikasikan dalam pelbagai genre (apa awak ngt kawan2 awk tu filem ke kakak! )..tehee....maksud saya,saya letak sahabat2 saya ni dalam pelbagai jenis..kalau saya nak menuntut ilmu Allah,saya ada izaty rosli dan nurul athirah..kalau saya nak bershopping saya ada izzati khalid dan kalau saya nak bergosip dan berjimba saya ada marhanah! ok,cukup! mereka2 ini lah yng membantu saya mencorakkan hidup saya...mereka xpernah jauh untuk saya,.. tapi memandangkan masing-masing masih lagi memegang title pelajar, da jarang sangat kami bertemu..



1) izaty rosli = pelajar accounting
2) nurul athirah = pelajar muamalat admin (sekelas dgn saya since thun1 till now!)
3) izzati khalid = pelajar master
4) marhanah abu zahar = pelajar kewartawanan UITM shah Alam.(ye kot.sorry mar! ) :)





tapi handphone lah yang menyatukan kami.tapi izaty dgn athirah mungkin x..heheh.diorang saya boleh sy jumpa anytime je...sebb 1 university..tehee.....(ye ker? sambil mata pandang atas mulut mencebik dahi berkerut)  .. saya perlukan mereka2 ni untuk bantu saya bertatih,merangkak,berjalan dan seterusnya berlari.tanpa sahabat2 saya ni mungkin saya LOSt!

having all said that, mereka2 ini lah yang menjadikan saya faham erti dunia dan akhirat...1 sahaja similarity mereka.semuanya adalah dari didikan maahad.yang bezanya cara kami mengamalkan apa yang diajar.kerna itulah saya memilih untuk mencari apa yang telah banyak saya tingglkan..apa yang banyak saya lupakan...
moga sahabat2 saya ini bakal saya jumpa di syurga kelak.dan ingin sangat2 saya tiupkan ke hati2 mereka,

JANGAN PERNAH LUPA UNTUK MENEGUR DOSA SAYA


sama-sama membantu mempertingkatkan amalan dan pahala kita semua..saya dedikasikan semua ini hanya untuk sahabat2 yang saya sayang!







   athirah, merangkap adik yang sgt2 hebat kekuatan hatinya dan dia bff terbaik sy!






               izzati khalid, my bff ever since maahad till now



izaty rosli, bff saya yang sentiasa ada bersama saya tika duka dan suka.xpernah jemu mengajak saya mencari ilmu Allah.dan dialah sahabat dunia akhirat saya!





dan seorang lagi.MARHANAH..ala, saya xtau mana saya letak gambar dy..hukhuk..sob2..sorry my dear,i do have your picture but i misplaced it, i guess (nanti aku wat entry baru khas untuk ekau! )




 dan ini untuk kalian:

Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.

Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.

Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang kau tidak malu kepadanya.

Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman. 

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.

Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.

Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.

Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.

Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.

Sahabat yang bebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.

Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.

Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.

Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.

Supaya engkau beroleh sahabat,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.

Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.

Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.

Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.

Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.

Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.

http://members.tripod.com/~Insani/kata2.html#kata%20hikmat%20sahabat



0 comments: