Jambatan Kasih dalam Bersahabat

Wednesday, 28 March 2012


bismillahirrahmanirrahim..

Dengan lafaz Allah, hari ni sy memulakan hari sy dengan bertajahud menyembah Dia.Alhamdulillah, Allah masih lagi beri sy nyawa dan nafas untuk sy terus sujud di hadapan Nya..Subhanallah..indah sungguh sepertiga malam itu...dan lebih indah dan tenang apabila malam itu ditemani sahabat yang sama sama berusaha mencari keredhaanNYA,..


   sahabat satu dalam sejuta


keutuhan dan kekuatan dalam persahabatan itu datangnya dari tali ketaatan kita pada Allah.andai tali itu kita jaga dan simpan sebaik mungkin atas nama dan dasar cinta Allah, insyaAllah, jannah itu bakal kita temui..sedang sy memikirkan sahabat2 yang yang jauh di mata namun dekat di hati, terbayang kenangn indah yang kami lalui.tak kurang juga pengalaman dan memori pahit yang mengeratkan lagi tali ukhwah kami.terdetik di hati, masih adakah lagi peluang dan masa untuk kita sama sama harungi pengalaman yang sama? masih sempat kah kita melayari persahabatan ini dengan cinta dan keikhlasan? masih adakah namaku di hati kalian sebagai sahabat? atau kasih itu sudah bertukar kepada benci dan dendam? nauzubillah....

sahabatku, andai kalian tahu, nama kalian tidak pernah lekang dan kering dalam doaku.tidak pernah lupa untuk aku pohon pada Tuhan agar kita takkan pernah dipisahkan selain maut.andai kalian juga tahu, aku rindu untuk kembali pada zaman itu.namun, kenyataannya, Allah berikan pengalaman ini untuk aku sedar dan hayati, bahawa sahabat syurga itu bermula dengan keikhasan.

setelah aku hayati dan berfikir sejenak, persahabatan itu memerlukan cinta dan kasih sayang.cinta yang takkan pernah hambar dek kesalahan kecil, keegeoan mahupun dendam.persahabatan itu adalah jambatan kasih, JAMBATAN KASIH untuk kita ke JANNAH Allah..andai cinta dan kasih itu tiada, mana mungkin kita berjumpa jannah sahabatku...


Membina Jambatan Kasih Bersama
Sesebuah persahabatan itu, apatah lagi persahabatan yang telah terbina untuk mencari keredhaan ALLAh, tidak akan bahagia dan berjaya apabila sebelah pihak sahaja yang berusaha untuk menyerikan dan menyemai cinta Ilahi. Jika begitu, kejadiannya akan tempang.
Bagi saya, ada dua jenis persahabatan. Pertama, persahabatan yang terbina kerana dunia. Kedua, persahabatan yang terbina kerana dunia, dan juga akhirat.
Persahabatan kerana dunia itu, boleh menjadi persahabatan yang sejati. Tetapi sejatinya, hanya berada di dunia sahaja. Persahabatan yang terjalin hanya untuk dunia. Manakala persahabatan jenis kedua adalah persahabatan yang terjalin di dunia dan berusaha bersama-sama menjaga jambatan kasih untuk digunakan di akhirat sana.
Jambatan Kasih – Ketaatan Sebagai Seorang Hamba.
Dalam sesebuah persahabatan fillah, ada yang menghubungkannya, iaitu ALLAh Ta’ala. Dan jika ada diantara anda mengaku bersahabat kerana ALLAh, maka anda sepatutnya bersama-sama bersama sahabat anda untuk menjaga Haq ALLAh!
Sejauh mana tingkat zikir, ibadah, saling memperingati akan akhirat, saling mengkoreksi diri terhadap ketaatan kepada ALLAh Ta’ala, dan dakwah di jalan-Nya yang memenuhi nuansa persahabatan, maka sejauh itulah eratnya persahabatan dan jalinan cinta yang terjalin diantara kedua-dua individu tersebut.
Manusia yang bersahabat dan saling memperingati serta menjaga dan memperkukuhkan hubungan dengan ALLAh Ta’ala, maka ALLAh Ta’ala pun akan menjaga persahabatan mereka dan mengikat hati-hati mereka dengan Tali-Nya!
MashaAllah. Tabarakallah~
‘Jambatan Kasih’ itu tidak akan berjaya dibina oleh seorang individu andai individu lain yang sepatutnya turut membina dan menjaganya melepaskan tanggungjawabnya dengan begitu sahaja. Apa yang pentingnya adalah, kerjasama diantara kedua-duanya!
Percaya tidak kalau saya katakan, andai seseorang itu hubungannya dengan ALLAh Ta’ala ada masalah. Maka hubungannya juga bermasalah dengan manusia lain, termasuklah sahabatnya.
Persahabatan yang tiada peringatan demi peringatan mengenai hidup dan akhirat, maka akan ada suatu kegersangan disitu. Percaya? Terpulang kepada anda.
Senyum.
Persahabatan Yang Menjadi Gersang
Saya sangat percaya. Hubungan persahabatan yang kering dari makna-makna zikir, ibadah, saling menasihati, memperingati perihal akhirat dan mendorong semangat dakwah, maka kegersangan ukhuwwah akan semakin terasa. Lalu akan timbul pelbagai masalah hati; prasangka. Prasangka yang hanya membawa kesusahan kepada diri masing-masing.
Persahabatan yang gersang akan membuatkan hati bertambah sakit dan cepat bosan. Seterusnya, seseorang itu akan senang kepada benda-benda yang lagho dan tidak menjaga hak persahabatan dan hak ALLAh. Dan perbuatan itu hanya akan membuka pintu kerosakan dan perselisihan. Dan akhirnya terciptalah dosa sebagai dinding pemisah jarak yang hanya akan memburaikan ikatan ukhuwah. Kesan daripada itu, terpisahlah dua sahabat kerana hal yang tidak sepatutnya.
 Ada sebuah hadis Rasulullah SAW,
“Tidaklah dua orang yang saling berkasih-sayang kerana Allah berpisah, kecuali disebabkan oleh dosa yang dilakukan oleh salah seorang diantara keduanya.” – HR. Bukhari & Ahmad
MashaAllah~
Membina jambatan kasih, perlu ada kerjasama, bukan?
Perpisahan antara dua sahabat, ataupun masalah yang terjadi sepanjang tempoh tersebut, boleh jadi kerana teguran dari ALLAh Ta’ala. Masa itu, beruntung bagi yang membuka mata hatinya. Dan sangat rugi bagi orang yang apabila telah berpisah dengan sahabat yang pernah disayanginya, maka dia memburuk-burukkan lagi sahabat itu.
Moga-moga, diantara kita, tiada perpisahan yang berlaku. Dan kalau pun ada perpisahan, biarlah perpisahan itu kerana gugurnya salah seorang di medan dakwah.
Subhanallah~
Saya kira, kelebihan hubungan ukhuwah yang terjalin kerana ALLAh adalah kerana didalamnya masing-masing sentiasa mengingatkan mengenai masalah diri dan ummah serta hari akhirat. Dengan cara itu, masing-masing akan terdorong untuk melakukan ketaatan agar dipandang oleh ALLAh dengan pandangan rahmat. Dengan harapan, moga anda dan sahabat anda tidak hanya bersama di dunia.
Malah bersama sehingga di akhirat sana.

dan mohon juga sahabatku sekalian, jangan pernah ada sifat ini dalam kisah kita.senyum :)



saya sayang kalian! dan cinta ini berlandaskan cintaku pada penciptaku

NIKAH KHITBAH :)

Thursday, 22 March 2012

er, heloo....heheh.testing2..ehem2 hari ini dengan gembiranya saja je nak buat entry pasal nikah.ops, kakak nak nikah da ke?? opss..heheh..insyaallah, kalau Allah bg keizinan, dan mk and ayah bg keredhaan..apa  salahnya kan.hehe :) (gatai noo) xda lah, niat hati nk bg penerangan dan perincian pasal remaja sekarang ni.ada yang nak kahwin awal tapi parents kata
'hang ada cukup wang ke nak support anak dara oghang ni'
'kijo pum dop lagi, nk kawen gano he'
'gatal da anak mak ni eh, nak kawen pulak.beljar bg habis dl, biar dapat 4 flat!'
'jangan memandai nak cerita2 bab kawen ye.abah kata NO, definitely it will be NO'

haa, ni lah kebiasaan nya parents akan bg tahu.sampai ada anak buat perkara yang terlarang sebab parents xbg keizinan.kadang bukan anak2 gatal, tapi mereka tahu dan sedar yang mereka seharusnya kahwin untuk mengelak dr melakukan zina.mungkin parents xizinkan sebab bg diorang anak2 belum cukup besar dan matang untuk jadi suami atau isteri.diorang nak rasa kejayaan anak2, sebelum anak2 berpindah tanggung jawab pada pasangan masing2.ye lah diorang da bela dari sebesar tapak tangan hinggalah ke akil baligh, tiba2 ada orang lain nak ambil anak2 ni.bagi saya, sy lebih mengutamakan hukum.kadang hati ni terdetik jugak, aku ni da mampu ke nk jadi isteri orang,cukup ke duit nak mulakan hidup dengan pasangan dan aku ni da cukup berbakti ke pada mak dan ayah.
tapi bila saya berfikir dan muhasabah diri, mungkin berkahwin adalah pilihan yang lebih tepat bagi yang da ada pasangan.jangan biasakan diri keluar bersama pasangan yang belum sah sebab itu hanya mendatangkan dosa dan kemurkaan Allah.biar kita terdidik dengan perkataan DOSA, agar kita tidak jauh menyimpang dari hukum Allah.ok lah, kenapa saya kata sy pilih berkahwin? semua ni lepas sy baca post dari  http://baitulmuslim.com .
memang terdetik berkahwin itu menjadi pilihan, tapi sy takut dan sy masih lagi ragu2..dan alhamdulillah, kalau kita pedulikan kata Allah dari kata manusia sekeliling, insyaAllah, Allah akan pelihara dan jaga kita lebih dari manusia itu sendiri.bila mana Allah menjadi rujukan, insyaAllah hidup akan lebih tenang :) jadi sahabat yang sy sayang sekalian, kalau masih lagi berfikir kata manusia lebih dari Allah, boleh dalami dan fahami post ini ye :)

Permudahkan Nikah Cegah Penzinaan

1. Sedang pelbagai pihak seperti buntu mencari penyelesaian kepada barah sosial yang menjurus kepada pergaulan dan seks bebas [ zina ] serta rogol dan buang bayi berleluasa pada hari ini , kami menyarankan satu program atau projek besar iaitu " Taysir az Ziwaj " dilaksanakan , khasnya oleh pihak berwajib.

2. Taysir Az Ziwaj ialah " Permudahkan Proses Perkahwinan " terutama kepada anak - anak muda yang tidak berkemampuan dari segi material untuk mendirikan rumahtangga tetapi dalam masa yang sama mempunyai keinginan yang tinggi untuk hidup berpasangan .

3. Islam adalah agama yang penuh dengan rahmah dan berkah. Ia diutuskan oleh Allah swt Tuhan yang mencipta manusia bukan untuk menghalang atau menidakkan keperluan manusia seperti keinginan [ nafsu ] syahwah dan sebagainya tetapi Islam datang untuk membetulkan dan memandu manusia agar melunas keinginannya secara yang betul , benar dan baik .

4. Gejala seks bebas [ zina ] dan rogol adalah angkara nafsu yang tidak terkawal dan ia disalurkan secara tidak betul , tidak benar dan membawa keburukan kepada diri dan orang lain . Sedang Islam menggalakkan perkahwinan [ aqad nikah ] agar hati manusia tenteram dan tenang serta nafsu dapat dikawal . Ini membawa kebaikan kepada semua ummat manusia .ala

Firman Allah swt yang bermaksud :

dan kahwinkanlah orang - orang bujang [ lelaki dan perempuan ] dari kalangan kamu dan orang - orang yang soleh dari hamba - hamba kamu , lelaki dan perempuan. Jika mereka miskin , Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah swt Maha Luas rahmat dan kurniaNya lagi Maha Mengetahui .
 
An Nuur : Ayat 32

5. Perkahwinan yang digalakkan oleh Islam ini sewajarnya dipermudahkan prosesnya agar generasi muda negara tidak liar dan kemaruk nafsu lalu terjebak dalam kancah seks bebas [ zina ]. Memudahkan prosesnya boleh dilakukan oleh pihak berwajib [kerajaan] seperti [ sekadar menyebut beberapa contoh ] :
 
  • Memberi peruntukan kepada pasangan muda yang ingin berkahwin
  • Memberi insentif sebagai galakan berkahwin
  • Mengurangkan karenah birokrasi yang menyulitkan
  • Kursus dan khidmat bimbingan perkahwinan secara percuma
  • Menganjurkan perkahwinan beramai - ramai yang menjimatkan
  • Mendidik masyarakat dengan budaya sederhana dalam majlis perkahwinan
  • Merendahkan hantaran perkahwinan
6. Antara kaedah mempermudahkan proses perkahwinan ini ialah Nikah Khitbah atau dalam bahasa mudah disebut oleh masyarakat kita sebagai Nikah Gantung . Nikah Khitbah adalah sama seperti nikah biasa mengikut hukum dan perundangan Islam yang mempunyai 5 rukunnya iaitu :
 
  • Suami
  • Isteri
  • Wali
  • Saksi
  • Aqad [ Ijab Qabul ]
cuma bezanya ialah pasangan pengantin [ suami isteri ] tidak tinggal serumah dalam tempoh - tempoh tertentu kerana beberapa keadaan seperti [sekadar menyebut beberapa contoh] :

  • Masih menuntut di kolej atau uniersiti
  • Tidak mempunyai kemampuan menyewa rumah
  • Belum bersedia menanggung komitmen kehidupan berumahtangga



justeru itu , buat tempoh tertentu pasangan suami isteri yang telah dinikahkan itu tinggal berasingan [ atas persetujuan bersama kedua - dua pihak ] dan barangkali tinggal bersama keluarga masing sehinggalah mereka merasakan segala halangan diatas telah selesai dan mereka benar - benar bersedia mengharungi kehidupan berumahtangga yang besar tanggungjawabnya.

7. Kelebihan Nikah Gantung ini ialah mereka adalah pasangan suami isteri yang sah mengikut hukum agama dan undang - undang negara . Andai dalam tempoh itu mereka bertemu , keluar makan , dating , study bersama bahkan kalau mereka terlanjur sekalipun mengadakan hubungan seks , maka apa yang mereka lakukan itu tidak salah atau tidak haram .

8. Andai berlaku kehamilan , maka pasangan itu tidak perlu panik terutama pihak gadis yang hamil kerana ia menghamilkan anaknya yang sah nasab [ keturunan ] . Bahkan nanti mereka tidak perlu malu dan menjauhkan diri dari keluarga kerana keluarga pula akan menyambut kedatangan bayi itu dengan bangga dan bermaruah .

9. Kes buang bayi yang berleluasa hari ini rata - ratanya adalah ekoran rasa panik dan hilang pertimbangan akibat malu dan hilang maruah dari pasangan terbabit. Malah mereka juga takut untuk kembali kepangkuan keluarga justeru mereka mengetahui bahawa hubungan mereka salah dan mereka hamil hasil hubungan terlarang . Ia memalukan keluarga dan mencemarkan maruah bangsa dan agama . Akhirnya , jalan pintas dan terdesak yang ada pada mereka ialah buang bayi tersebut dengan harapan selesai masaalah dan beban yang mereka hadapi tanpa mereka menyedari bahawa akan mencetus bencana yang lebih parah kepada sosial negara .

10. Sebenarnya Nikah Khitbah ini pernah dilakukan dalam masyarakat Arab . Menurut amalan tersebut , sewaktu majlis pertunangan , ia dilangsungkan sekali dengan majlis aqad nikah [ halflun nikah ] tetapi mempelai tidak boleh tinggal sekali [serumah] sehingga berlangsungnya pula majlis perkahwinan [haflul Qiran] . Terkadang tempoh itu [ antara pertunangan dan perkahwinan menjangkau tahun lamanya.]

11. Dalam masyarakat Melayu , amalan ini sebenarnya pernah diamalkan sebelum ini dengan nama Nikah Gantung . Ia pernah di kaji oleh beberapa Anthropologist seperti Paletz , Djamour dan Jones. Mereka mengistilahkan Nikah Gantung sebagai "Suspended Marriage Contract" iaitu satu fenomena sosial yang diamalkan oleh masyarakat Islam di Asia tenggara .

12. Malah menurut Abdul Jalil Borhan , perkara yang berkaitan dengan Nikah Gantung terdapat dalam seksyen 112 [dalam bahagian 5] enakmen Pentadbiran Agama Islam Johor.

Perbahasan Hukum

13. Salah satu dalil yang digunakan oleh sebahagian para alim ulama' ialah Perkahwinan Rasulullah saw dengan Aishah rha. menurut hadis yang diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim , Rasulullah saw telah mengahwini Aishah ketika berumur 6 tahun dan hanya duduk serumah ketika Aishah berumur 9 tahun . Hadis ini menjadi dalil berlakunya aqad nikah , maka bukan menjadi kewajipan bagi mempelai untuk terus tinggal serumah terutama atas persetujuan kedua pihak untuk beberapa tempoh yang dipersetujui.

14. Apabila pasangan pengantin [ nikah gantung ] bersetuju untuk tinggal berasingan kerana beberapa perkara yang diambil kira seperti yang saya sebutkan di atas tadi , maka tidaklah berbangkit isu nafkah batin [ jima' \ bersetubuh ] . Apa yang timbul ialah perbahasan dari segi nafkah zahir [ material ] . Berkait perkara ini , kita mempunyai beberapa pandangan :

a] Mazhab Zahiri seperti yang dinyatakan oleh Ibn Hizam iaitu nafkah ini [ nafkah zahir ] wajib dengan berlakunya aqad , maka selepas sahaja aqad nikah , suami wajib memberi nafkah zahir kepada isterinya .

b] Pandangan Jumhur ulama' iaitu nafkah zahir itu hanya wajib apabila isteri memenuhi syarat - syarat tertentu seperti isteri menyerahkan diri kepada suami [ berpindah ke tempat suami ] , boleh melakukan istimta' [ mengambil keseronokan] , jima' [ bersetubuh ] , isteri tidak keluar rumah tanpa izin suami dan seumpamanya .

15. Nikah khitbah dapat disimpulkan bahawa : bebanan nafkah itu tidak diwajibkan ke atas suami sekiranya kehidupan biasa suami isteri belum berlaku . Bagaimanapun sekiranya suami isteri tersebut keluar bersama , maka tiada halangan dari segi hukum syara' kerana mereka adalah suami isteri yang sah. Demikian juga andai berlaku kehamilan maka bayi itu sah dan mereka boleh menjalani kehidupan berkeluarga seperti biasa yang sah. Tidak perlulah mereka melarikan diri , buang bayi dan menggugurkan bayi atau membunuhnya .

16. Tegasnya saya sebutkan disini , terutama kepada pihak berkuasa agama , ibu bapa dan seluruh anggota masyarakat termasuk anak - anak muda agar mereka kembali kepada cara hidup Islam . Walaupun nikah gantung ini kelihatan seperti baru dalam negara kita bagi sesetengah pihak , tetapi ia lebih baik dari kita membiarkan anak - anak gadis dan teruna kita berpeleseran , bergaul bebas lalu akhirnya mereka terjebak dalam kancah seks bebas dan penzinaan yang memalukan . Bukan sahaja maruah keluarga dan agama tercalar , murka Allah swt itulah yang paling ditakuti .
oleh ustaz nasrudin hassan tantawi

TEAMIX

Wednesday, 14 March 2012


ok, here we are..hehe.sambung balik info yang tergantung.referring to my older post, Herbalife shake :) .macam mana nak loose weight according to my plan.semua orang nak loose weight cepat kan? ada yang nak loose weight 10 kg 10 minggu, 6kilo 6 minggu AND paling cikai pun 2 kilo 2 minggu..boleh, no problem.sape kata xboleh? dengan herbalife sume boleh.hanya percaya dan yakin.sebab apa, testi yang sy bgthu tu, its happened! still xpercaya? ohoi, sila la percaya, sebab 10 kilo 10 weeks tu, husbend nani, aizat, 6kilo 6 weeks tu uncle Allen, ayah mel,and 2 kilo 2weeks tu adalah jeng2...sy!heheh :) dan banyak sgt2 testi yang gila amazing! kami herbalifers ni bukan suka2 nak cerita and sharing kat org kalau kami sendiri xpernah consume.each one of us ada testi sendiri.baik loose weight ke, gain weight ke, hilang sakit ke, segala2 nya la...nak bermula dgn herbalife adlah sgt2 simple.mcm sy dulula.xpernah terpikir pun nak buat herbalife ni, tapi di sebabkan product result and tiap2 pagi duk berdansa shake herbalife kat dapur, org duk tnya lah...entah ape lah budak ni makan tiap2 pagi..pastu duk usung air tea botol besar bagai.xcukup lagi tu, apehal lah, energetic semacam, tebiat ape..dan lagi, aik, haritu nmpk lengan da mcm malik nor, apehal da kecik mcm lengan semut ni (oi, nk nipu agak2 la.heheh) haish, itu biasa.hahah.repeat, biasa.dan secara xsengaja, ter jual set herbalife kat cousin..cewahhh...see. senangkan? disebabkan org nmpk perubahan diri kita, and product yg sgt2 hebat, akhirnya duit pun termasuk dalam poket sy.hahah.sy bukan nak kata 'weh kau nak kaya, jom join herbalife!' gila, alamat kene lempang laju2 dengan member..(nk kaya pun boleh jugak dgn herbalife :p ) macam kami, disebabkan product yang hebat, kami dapat result yg hebat.people keep asking me macam mana nak jadi mcm tu.ok, senang je, masukkan herbalife dalam badan, then u'll know what will happend to you later on..for those yang mmg gila nak loose weight, i'll show how..:)


1) mula2 da tahu pasal shake herbalife kan.tapi nak loose weight, u need more than this. shake hanya mmpu untuk u replace your food and maintain your health.but teamix will help you untuk detox segala bagai toksin yang terkumpul kat badan.



2) teamix.

oh, my lovely tea!! sy suka sangat2 dengan teamix ni.kadang sy boleh minum smpai 4-6 liter sehari.bukan sy sorang je, tapi mak saya yang umur 40+ tu pun boleh minum 4-6 liter sehari! hebat xhebatkan? bacause of result yang luar biasa, mk saya boleh pulak terhabiskan teamix ni sebotol seminggu! uhui, mak da lawan tokei..hahah.ayah sy pun so far, even dia travelling dgn YDP melaka, still boleh minum teamix at least 4 liter sehari.dia cakap, tenaga yang luar biasa.yelah ayah sy kene ikut YDP and wife dia all the time kan, penat kot.g sana, g sini.mana xpenat.ayah sy polis, bukan bodyguard ok.hahah.nak katanya, even org tua pun boleh minum, ape tah lagi kita yang muda2 nih.they believed and yakin yang teamix and other herbalife products boleh bantu.so, sy akan bgthu kenapa la parents, sy and all herbalifers minum excited bagai dengan teamix herbalife ni.


Benefits of Teamix:
- increase your metabolisme and energy
- cleanse your body
- curb your cravings
- flush toxins out
- prevent water retention
- reduce bloatedness and gassy feeling
- burn more calories (1 glass of teamix = 20 minutes of workout)

faham?hehe.senang cerita la, sy amik yang info yang  people paling kene tahu.tea ni mcm semudah A B C D E..ini lah yang selalu sy cerita kalau org nk tahu pasal herbalife.kenapa?

A= anti oxidants
B = burn fat
C = cleansing 
D = detox
E = energy


mudah kan? xpayah pening2 nak pikir.just highlightkan apa yg korang kene tahu..semua lah korang kene tahu la kan kiranya.hahah :) merujuk pada fakta yang kat ats tu, 400 ml teamix yang korang minum, bersamaan 20 minit exercise yang korang buat.percaya? WAJIB percaya, sebb its happend to me, my parents and 72 juta pelanggan kat seluruh dunia!
apa lagi tnggu lagi, loose weight nak, tapi exercise xnk kan? consume je herbalife apa susah.memandangkan lifestyle kita ni yang xmengizinkan nk bersenam, herbalife da provide benda paling simple.nak naik tangga g ofis pun, sometimes people xnk, inikan kita nk suruh exercise kat tasik tiap2 hujung minggu kn.paling tak pun, hujung minggu korang tarik selimut sampai atas kepala, pastu layan cerita korea sampai lenguh urat2 kentut.pastu, tanya orang, weh cane nak kurus eh, kita lama x exercisekan?.aah, exercise pukul 12 tghri, matahari da siap panggil ko suruh masak kat dapur.

dear people , we never claim that xpayah bersenam. lagi baik and bagus sgt2 korang nk bersenam then consume herbalife.lagi cepat korang akan dapat result.silap2, 15 kilo 3 bulan.sape tahu kan and mana tahu lagi cepat.tapi, xsume org mmpu nak exercise tiap2 minggu dan xsume org ada masa nak exercise.kami hny tunjuk jalan macam mana nak selesaikan.hny dengan keputusan ANDA shj.simple je..:)

kalau rasa rasa nak dapat result mcm org yg g bersenam and loose weight boleh lah direct ask me ok :) bukan takat loose weight, sometimes people xtahu yang selama ni byk sakit pun boleh improve.sebab teamix ni adalah anti oxidants.semua penyakit yang dtg kt kita ni mostly because badan kita banyak toxin.di sebabkan lama sgt toxin ni dalam badan kita, lama2 dia end up jadi penyakit yang kita xpernah tahu.sebab tu lah herbalife ni adalah MAKANAN UNTUK ORANG CERDIK. food for smart people.:)


ask me how.serious people only :) 0193706891

Pelajar + Isteri + Herbalife distributor

Wednesday, 7 March 2012


bismillah

ok.alhamdulillah, dapat update lagi.excited sebab dapat suntikan daripada mel masa supervisor training kat hentian kajang. yelah, sy stalk blog dy lama kot.since 2009 xsilap sy.tapi sekarg da xpyah nak stalk2 da,heheh. sy ni memang suka sngt lah stalk blog2 orang.sebut je scarflets atau hijabians, sy tahu da apa nama blog diorang.haha.tu yang bila dapat jumpa face to face tu macam, “weh, aku dapat jumpa farah lah!! serius comel giler.padahal member sebelah kerut2 dahi cakap aku gila” haha.lain der perasaan dapat jumpa blogger yang kita stalk hari2.rasa macam aku jumpa artis!haha. baru dapat jumpa farah (farahmislina) , mel (amalina peter) and nani (nani punye blog) je sebenarnya.tapi cakap mcm dapat jumpa, sign kat baju bagai.


si comel farah mislina 




ni lah mel.my first step boleh ter involve dalam family herbalife just because sy stalk blog mel :)




husben mel, abqari and her cute princess, asiyah




sy pun suka stalk blog nani! and nani pun baru kahwin :)
                                                    http://norhanani-zafirah.blogspot.com/        

ok.start da story sy pasal mel.sy kenal mel hanyalah melalui search engine mr google.sebab masa tu nak cari and tahu pasal herbalife.tetiba keluar blog amalina peter.sy masa tu memang desperate nak turun berat badan.dan2 lah cari kat google tu “bagaimana nak turunkan lemak tanpa senaman.diet.nak kurus.kuruskan badan” tapi end up terkeluar blog mel.saya pun dgn riang dan senang hati klik.elok2 baca and scan testi herbalife, terbaca repeat TER baca entry2 dy yang lain.memang besssssstttt sangat2.lifestyle dy, herbalife event dy, life story dy dan yang paling best marriage life dy.dari situ lah sy da start nak join herbalife sebenarnya.tapi naluri masih lagi ciput2 sekecil kuman.haha! mel ni student UIA kuantan.umur baru 23 tahun tapi income RM 55 K sebulan.REPEAT, RM 55000 sebulan.bukan 5ringgit eh.then, dy da pun berkahwin dan punya seorang baby girl herbalife.tapi sekarang, da xpayah nak stalk blog dy da.haha.boleh jumpa face 2 face kot.tanyalah ape sekalipon ko nak tnya.dy akan jawab dgn happy and calmly.boleh cubit2 lagi you asiah anak mel.ops, boleh jeling2 lagi kat abqari husben mel.haha! so, kalau dear people nak jumpa dan belajar dengan mel, meh ikut sy join herbalife.simple je. their journey in herbalife sangat2 inspired buat kami yang masih lagi student.she gave us some path that we really need.bak kata mel ms training, “you have to know what is your dream, your goals.so that, you ada semangat untuk capai dream you.just ignore je people yang object you.go through all these experiences, then you’ll get the gift. paling penting you JANGAN MISS EVENT! sebab event2 ni lah yang akan bagi you jalan yang orang lain xnampak.” apa yang sy jeles sangat2 kat mel ni ialah, her whole family buat herbalife.start dari ayah dy (uncle allen), mak dy (aunti asiah), kakak dy (kak ain),abg ipar dy merangkap husband kakain (abg musab) dan husband dy (abqari). kat setiap events herbalife mesti dapat jumpa her whole family.sebut je family uncle allen, sape yang xkenal bro.jadi inspiration untuk sume distributor kot. kesimpulannya, kalau nak belajar sesuatu yang berharga mesti tahu dengan siapa kita nak belajar.lagi best,kita dengan dia berada di position yang sama. for at least, kita compare situasi dia dengan kita.dan secara xlangsungnya kita xda alasan nak kata NO.sebab apa, sebab situasi kita dengan dia sama dan kenapa dia boleh buat kita xboleh buat.betul x? xsalah kan sy pilih mel? dia student, plus memang xda masa nak pikir perkara lain sebab kos yang dy amik bukan cikai2 nya bro.then, dy da pun berkahwin dan ada anak sorang.xdalah nak kata sy ni da kawin and ada anak (memang niat sy since awal tahun ni nak kawen cepat!) and at the same time dy ni ada tab team dlm herbalife.maksudnya, dy ada team sendiri dalam herbalife yang membawa kepada income dy yang sampai RM 55 k. so, perhaps, insyaallah, Allah izinkan sy untuk menjadi seperti mel.saya tahu bukan senang.tapi saya tahu hasilnya sangt2 indah! bukan untuk diri sendiri, tapi untuk orang2 yang berada di sekeliling sy.orang2 yang sy sayang. dan sy akan kejar DREAM sy.sy tahu sy mampu, tapi sy kene kerja kuat.kene double kan activity sy.xboleh nak say NO, xboleh nak skip event dan xboleh nak malas2. moga Allah bantu sy dan yang lain2.amiin




Herbalife shake :)

Friday, 2 March 2012


hari ni nak share betapa bessssttttnya shake herbalife nih...serius! entry lepas ada cerita kan perisa ape ada. herbalife starter pack. boleh pilih je perisa apa yang bertakhta di jiwa.hehe :) tapi xtercerita pulak hebatnya nutrisi herbalife nih...ok


bismillah.


yang kat bawah ni di gelar FORMULA 1.salah satu produk dalam HERBALIFE START NOW PACK




1)  Sangat rendah kalori, hanya 90-25 cal/meal.xkisalah sehari korang nak consume berapa kali sehari.xda kesan sampingan pun.even sy minum shake sehari 1 liter 2x.hehe..mmg xboleh dipisahkan dgn shake.yelah, dari kita makan nasi lemak, nasi goreng, roti canai bagai, da berapa kalori yang kita amik sehari.tu baru sarapan dik oii.belum tambah lunch ko yang nasi putih, ayam goreng mamak sebelah badan pastu tambah telur masin.xcukup lagi tu, boleh pulak order kari pekat.fuhuiii, memang terbaik lah! oh, lupa order teh tarik ikat  kemas bungkus bawak balik opis. dan2 ar balik opis claim, gila lah kedai mamak tu buat aku naik berat badan je,minyak byk giler kat kari dy..heh -'- (padahal makan mcm kedai mamak tu nak isytihar tutp esok)

2) Mempunyai lebih daripada 19 vitamin (fuih banyak tu) dan mineral yang diperlukan dalam badan. Antaranya ialah sumber protein, vitamin A, E, D, C, Tiamin, Riboflavin, Niasin, B6, Asid Folik, B12, Biotin, Kalsium, Magnesium dan lain-lain lagi. ha, ni yang sy suke..sgt2 kot..bayangkan mana nk dapat vitamin banyak mcm ni sekali makn?ce citer sikit.lain lah kalau korang makan buah tembikai 15 biji, pisang 25 biji pastu tambah buah yang ko boleh jumpa kat soping mahal2 jer hari2..pastu rajin plak kan nak kupas limau bagai sampai berkilo2 simpan dlm fridge.heh.last2 makan sebiji buah semingu.mana x buang air besar pun ada traffic lite..apa susah, buat je shake herbalife tiap2 pagi.da dapat vitamin free2 jer.xpayah sampai nak cari kebun pak usop bagai, mintak buah free.


3) Sangat mengenyangkan dan merupakan sumber tenaga penting; yang boleh menggantikan makanan harian kita.nape sy cakap mcm nih?yelah, minum shake ni mmg da mengenyangkan dear.serius.da lah ada vitamin, mineral sume, mana xko kenyang.rasa badan ringan je nak jalan.siap boleh bergerak2 ditiup angin(ok,tu da mcm kertas da tu ringan ko) sy boleh minum shake ni sehari 2x lagi..mana xnya boleh turun smpi 5 kilos 2 minggu.da ko mkn mknn harian nasi tu sehari sekali, logik lah sebb boleh cut calory, betul x? just imagine kalau korang memg gantikan terus nasi tu dgn shake?bayangkan betapa byknya kilo lemak korang boleh turnkn ?fuhhh....


4) Sangat kaya dengan sumber fibre.ok, yang ni sy hanya tahu fibre ni mcm kalau kita nak diet dgn maknn biasa kita kene amik roti yang ada high fibre.contoh whole wheat punye roti, xpun oat ke kan? saya da pernah cuba da dl, sebab gila nak loose weight.tapi last2 end up roti ngn oat tu expired sebab xle nak telan.paksa je tekak tu.haha.mencabar kan? ce kira sikit sebulan berapa ringgit yang korang expense hanya sebab nak beli oat dengan roti yang harga 4ringgit lebih tu? roti tu mahu xmahu 3-4 hari da habis da..tu pun kalau roomate korang xcuri2 makan lah.hahaha..apa nak susah, ganti je shake tiap2 pagi ngn malam those yang nak loose weight.tapi kalau yang nak gain weight or maintain healthy lain pulak plan dy..hebat kan?produk yang sama, jenis yang sama tapi dapat segala2nya.cuma program dan cara makan saja yang berbeza.


apa tunggu lagi dear people, produk da tahu, hasilnya da tahu, dan fungsi nya pun sy da bgthu...boleh direct to my phone kalau serius nak loose weight/ gain weight/ maintain weight
019 3706891



next entry kita cerita lagi 2 produk. FORMULA 3 (for those yang nak shaping lebih2 sampai pakai saiz S) and TEA MIX (yang mak ayah sy minum sampai 4-6 liter sehari)


tungguuuuuu...:)

tempat baru dan ilmu baru

Thursday, 1 March 2012



hari ni (da seminggu sebenarnya ye sahabat2) bermula lah cerita baru dan hidup baru sy.sy da start bergelar student lepasan praktikal.haha.yelah, lepasan university belum lagi sebab masih berbaki 1 semester  untuk praktikal.i’m having my internship kat medicmesir taman equin.pernah dgr? agensi yang menghantar student yang berminat untuk belajar  medic di bumi mesir.you guys boleh intai2 dan cuci mata deh kat sini 


nnti kalau2 ada relatives atau siblings yang berminat nk jadi doctor boleh lah apply online kat blog nih.everything hanya di hujung jari je.canggihkan?haha.business sekarg ni da makin simple.boleh tahu segala2nya dengan 1 klik je.yelah, sekarang manusia pun da sibuk dengan urusan masing2.da xda masa nak pergi kedai bagai.bak kata kawan2 saya kat facebook, “aku keluar kerja gelap maka balik kerja pun gelap”.so ada masa x nak pergi kedai?jangan nak angguk kata ada sebab ko g kedai waktu subuh.seven eleven je yang ada, tapi tu pun takat ko nak beli cekedis, cokelat 3, 4 hinggit.its a reality dear, sebab budak2 hingusan sekarang ni pun da lagi expert guna intenet.sebut je hape benda sekalipun, diorang da boleh kata “ala, itu pun xreti”.yelah dik oii, akk ko ni Cuma tahu bukak pasal herbalife je.mana tahu nak klik2 bagai.haha.hamik ko! J jadi, apa yang sy tahu, ummi (merangkap boss sy) nak memudahkan urusan orang.nak bantu orang jadi doctor dan sediakan perkhidmatan yang orang xperlu fikir sampai beribu kali.easy kan?

my task setakat seminggu ni, memang da macam pekerja sebenar.ala, ummi pun da cakap awal2, “I xnk treat you mcm intern tau.tapi I nak u belajar mcm staff syarikat yang sebenar.u have to know dari A sampai Z.so that, bila u keluar bekerja sebenar nanti u da tahu flow syarikat.” dan kami interns yang sangat2 lurus ni pun angguk tanda setuju.baik ummi! haha.