Cafe Cinta: Rujukan Si PenCinta

Monday, 7 May 2012

Bismillah..


'Menghindari Cinta Sebelum Kahwin'




Subhanallah.tajuk yang sangat indah dan aku petik tajuk yang selalu sangat bermain di bibir pendakwah, cerpen islam, dan Pencipta manusia itu sendiri yakni Allah


Rujukan Si Pencinta..
'kaple itu Haram'.memang haram dan itu perintah Allah.tapi ramai yang ingkar.kenapa ingkar?mungkin, hati ini terkadang nakal dan tergoda dengan hasutan syaitan.bila di fikir semula, Ya Allah, Subhanallah..terlalu menggunung dosaku padaMu,tidak terjangkau akalku betapa azabnya manusia yang mengingkari perintahMu.tapi, bila aku duduk, ingat dan muhasabah diri aku yang terlalu hina ini, aku sedar yang dahulunya aku tiada rujukan cinta yang betul.no right references to refer.aku simpulkan beberapa perkara,yakni bila kita mula tiada pegangan dan strong protection, kita mula membuka sedikit demi sedikit ruang untuk si 'dia' bertandang.aku biarkan jiwa halus ini selesa dengan kehadiran lelaki! jahilnya aku! aku gembira menjawab panggilan, membalas sms, tapi aku mula hilang priority cinta ku.aku terlalu leka dan khayal dengan mainan romantika di televisyen dan drama.aku jadikan drama2 di televisyen, angan2 dan fantasi moden sebagai rujukan dalam mengharungi 'cinta dusta'. 


Alhamdulillah, biar sakit dan pedih yang Engkau hadiahkan, aku tetap bersyukur.dari kesakitan itulah aku belajar, CintaMu Tiada Penghujung.kerana sayangkan HambaMu,Engkau berikan peringatan, Engkau hulurkan kesakitan.CintaMu terlalu luas Ya Allah, kerana itu juga tercatatnya 'Jangan Kamu Hampiri Zina'.Dia berikan peringatan agar kita tidak leka dan lalai,dan sentiasa berpegang teguh pada janjiNya kelak di berikan Syurga.


Bagaimana menghindari Zina?


'Dan janganlah kamu mendekati zina; sesungguhnya zina itu adl suatu perbuatan yg keji dan suatu jalan yg buruk' . Membaca memahami dan merenungkan ayat ini kemudian melihat kenyataan dalam hidup masyarakat kita saat ini sungguh akan membuat kita merinding dan malu


namun, aku juga insan lemah,hamba yang terlalu nipis imannya.kerna itu, aku masih mencari dan terus mencari hidayah Allah, agar terus-terusan aku di jalan Nya.sedang hati mencari kekuatan, aku jadikan beberapa ayat sebagai panduan.


1) Kekuatan faham
'You are what You See, You Are what you Think, You are what you read'


kita da jelas dengan statement, Kaple itu haram,tapi kita tiada kekuatan untuk menangkis sms yang bertalu2 dari sidia.kita jadikan orang yang tidak mengenal Allah sebagai panduan.kita guna pakai kata kata mereka sebagai jalan.apa yang kita nak faham, sahabat?kita nak faham tentang Cinta.kita nak tahu tentang cinta.seharusnya, kita jadikan orang yang takut kepada Allah sebagai rujukan.siapa orang2 yang takut kepada Allah?Orang2 yang takut kepada Allah adalah alim ulama.


sebagai contoh:


bermula dengan Chatting...kemudian Dating....kemudian Bunting dan akhirnya, Genting! permulaan langkah inilah yang kerap kita lihat.kita ikut aturan dan langkah manusia yang jahil dalam memahami cinta, bukan memilih jalan yang Allah kehendaki.
Allah itu Maha Penyayang.Dia hadiahkan 'signboard dan peringatan' untuk kita ikuti.Dia sayangkan airmata kita dari mengalir kekecewaan agar kita selamat sampai ke pintu SyurgaNya.namun, kita leka dengan nafsu dan godaan.bukan Dia kejam dengan mencampakkan kita ke Neraka, tapi kita yang kejam kerana tidak melihat peringatan!sikapnya yang Adil, membuatkan Dia membalasnya dengan balasan yang setimpal


2) Kekuatan ikhlas dan niat


Pentingnya niat kita dalam melakukan sesuatu perkara membawa kepada ketajaman akal.bila kita fokus dengan niat dan ikhlas untuk mendapatkan pasangan yang soleh kemudian doa yang sentiasa di iringi dengan keikhlasan hati dan membawa kepada mengalirnya airmata, insyaAllah Allah akan mengangkat doa kita.Allah itu Maha Penyantun.doa yang lahir dari hati dan niat yang ikhlas insyaAllah membawa kepada kekuatan untuk menagkis segala macam cubaan dan godaan


3)Kekuatan Jihad




Lawan tetap Lawan.Lawan dengan Nafsu.nak jaga hati macam kita menjaga badan.mesti ada pemeliharaan, mesti ada pencegahan.badan perlukan makanannya.begitu juga dengan hati kita.rohani yang perlukan zatnya, mesti ada majlis ilmu, bacaan Al Quran, tingkatkan solat malam, ada niat nak berdua-duaan dengan Allah.seterusnya mesti ada pencegahan! cegah hati kita dari mana2 anasir yang boleh tarik hati dan fokus kita kepada cinta selain dari cinta Agung, cinta Allah.dan untuk kita kuat bermujahadah, kita mesti ulang2 tazkirah.seperti handphone,perlukan charger.begitu juga kita.kita perlukan pengulangan agar kita sentiasa terbayang2 dan teringat akan pesan dan peringatan.biar fokus cinta kepada Allah itu tidak lari dan sentiasa bermain dan ditayang hingga ke dalam mimpi agar pemikiran kita itu mempengaruhi tindakan yang akhirnya mampu menguasai nafsu.


wallahu'alam





0 comments: