nikah!

Tuesday, 27 December 2011

satu entry yang bagi saya seronok kot untuk dibincangkan.tehee...lebih2 lagi darah muda mcm saya ni.berkahwin di usia awal?erm, sangat digalakkan sebenarnya dalam islam agar kita menjaga batas-batas syariat.

  “Dan kahwinkanlah orang-orang bujang (lelaki dan perempuan) dari kalangan kamu, dan orang-orang Yang soleh dari hamba-hamba kamu, lelaki dan perempuan. jika mereka miskin, Allah akan memberikan kekayaan kepada mereka dari limpah kurniaNya kerana Allah Maha Luas (rahmatNya dan limpah kurniaNya), lagi Maha mengetahui.” (An-Nur : 32)

supaya yang muda belia bercinta tu, dapat kurangkan dosa.tapi, pernikahan hanya semata-mata nk membolehkan apa yang haram tu lah kadang menjadi salah.ijab kabul seharusnya diiringi dengan tanggungjawab dan persediaan yang mencukupi.bagi sang suami,seharusnya lengkapkan iman dan rohani agar dapat membimbing isteri dan anak-anak ke jalan Allah.buat isteri pula, seimbangkan emosi agar seiring dengan kehendak diri, suami dan Allah.saya ada terbaca beberapa blog sahabat yang berkahwin dalam usia muda.subhanallah, itu lah takdir yang Allah susun.sangat2 berhemah!rasa macam muda nya lah adik-adik aku ni...tapi, itulah jalan Allah buat mereka.masih ingat lagi tak entry saya pasal cinta dan kasih? its all about them, actually. 




saya banyak terbaca kisah2 perkahwinan di usia muda.rasa nak juga seperti mereka...hehe..tapi, saya harus tanya diri saya, berapa banyak yang saya da bersedia.dari segi iman, emosi dan tanggungjawab.semalam, salah seorang sahabat baik saya di entry sahabat bertunang.rasa mcm xpercaya sangat2! its true kami da nak habis belajar, tinggal final exam je yang memisahkan.tapi, saya rasa mcm, hei, awk,baru semalam kita ketawa2 cerita pasal kenangan sekolah maahad dl, dan baru je semalam kita peluk2 cerita masalah hati.tapi bermula hari ni, awak da jadi tunangan org..sob...sob...walaupon awak baru tunangan orang, lagi 7 bulan (inshaAllah) awak akan jadi isteri orang.dan lepas tu, awak akan ada kehidupan sendiri.i am afraid that i'll lose my path as my faith are not completely perfect! awak yang selalu mengingatkan saya tentang dosa..but then, starting this time, saya kene tahu segala2 nya haruslah berpijak di ats kaki sendri.

ok,da banyak lari pulak.heheh...back to my entry.nikah! saya ada juga perancangan untuk diri saya dan imam saya.mudah-mudahan apa yang dirancang berjalan atas redha Allah.buat imam saya


saya bukan memaksa,atau mendesak.cukuplah kalau awak bertindak bila awak sudah bersedia membimbing saya dan bakal anak-anak kita ke syurga Allah.bersedia menerima sebarang kemungkinan.pernikahan ini bukan hanya penyatuan 2 hati tapi, penyatuan hati-hati yang lain.saya mengharapkan awak ada sebagai kekuatan untuk saya menjalani hidup atas syariat Allah.bersama-sama mematapkan iman dan ibadah yang kian layu di mamah usia.terdetik di hati saya ingin menjadi isteri solehah awak, tapi saya tak kuat untuk istiqamah pada jalan Allah.kelak, bila kita disatukan, saya mampu menjadi yang terbaik untuk Allah dan rasul dan seterusnya untuk bakal imam saya dengan bimbingan awak.hanya 1 saja yang perlu awak tahu.perkahwinan ini bukan sahaja atas kertas tetapi janji antara kita dan Allah.menjaga masjid yang dibina atas redha Allah dan ibu bapa.menjaga dan mendidik amanah Allah yang bakal kita punya satu hari kelak.







:. wallahu'alam.:

pertemuan dan perpisahan

Thursday, 22 December 2011


kita bertemu kerana Allah dan kita berpisah juga kerana Allah.insyaAllah! :)



Pertemuan kita di suatu hari 
Mengukirkan ukhuwwah yang sejati 
Bersyukurku terhadap Illahi 
Di atas jalinan yang suci 

Namun kini perpisahan yang terjadi 
Dugaan yang menimpa didiri 
Bersabarlah diatas suratan 
Kutetap pergi jua 

Kan ku utuskan salam ingatanku 
Dalam doa kudusku sepanjang waktu 
Ya Allah bantulah hamba-Mu 

Mencari hidayah daripada-Mu 
Jalan mendidikan kesabaranku 
Ya Allah tabahkan hati hamba-Mu 
Diatas perpisahan ini 

Kan kuutuskan salam ingatanku 
Dalam doa kudusku sepanjang waktu 
Ya Allah bantulah hamba-Mu 

Senyuman yang tersirat dibibirmu 
menjadi ingatan setiap waktu 
Tanda kemesraan bersimpuh padu 
Kenangku di dalam doamu 
Semoga Tuhan berkatimu 



"Setiap pertemuan pasti ada perpisahan..", "Setiap yang datang pasti akan pergi...", "Patah tumbuh hilang berganti..." itulah antara ucapan yang sering kita dengar apabila berlakunya perpisahan. Namun, jauh di sudut hati pasti terasa berat dengan ketentuan Illahi ini. 


namun, hidup perlu diteruskan.mencari dan terus mencari matlamat diri.moga-moga kita akan berjumpa di jannah kelak!



:. dedicated to all my beloved friends, TMA 1 Muamalat Administration .:

untuk pembacaan Imam ku..:)

Sunday, 18 December 2011


untuk bakal imamku,
aku tahu engkau ada,
aku tahu engkau wujud..
kerana itu aku berusaha sekuat mungkin untuk menjadi makmum mu.

untuk bakal imamku,
aku tahu aku tidak layak meminta yang soleh,
kerana aku belum cukup solehah,
namun bukan soleh yang ku pinta,
hanya cukup lah engkau berani membimbing ku ke syurga Allah.

untuk bakal imamku,
hanya doa dan harapan agar engkau bersedia menjadi imamku,
biar jauh dari tatapan mata tapi aku tahu engkau sedang berjuang di jalan Allah.
sedikit coretan ku titipkan buat penguat hati, penguat jiwa..
aku tahu aku bukan yang solehah,
tapi cukuplah ini sebagai peringatan dalam persediaan menjadi imamku..



YA ALLAH, AKU CINTA PADANYA…
“ Cintai diri untuk mencintai orang lain ”
Seorang pemuda telah jatuh cinta kepada seorang gadis. Gadis yang pada pemerhatiannya cukup sempurna… Kehendak hatinya itu dibawa berbincang bersama kedua ibubapanya…
.
Anak : Ibu, Abah… Along telah jatuh cinta. Jatuh cinta dengan seorang gadis. Pada pemerhatian along cukup sempurna. Taat kepada kedua ibubapanya, menjaga batas pergaulannya, suka membantu dan yang lebih penting, menurut kawan sebiliknya, cukup menjaga amalannya… Solat, puasa bahkan sentiasa bangkit bermunajat di dalam keheningan pagi sedangkan teman-temannya yg lain sedang enak diulit mimpi.
Ibu : Benarkah begitu ? Begitu bersungguh anak ibu ini ya… Siap memasang “spy” lagi. Ceritakanlah lagi tentang gadis itu. Abang, telah dewasa ya anak teruna kita seorang ini ? (Si ibu tersenyum sambil menoleh si bapa yg berada si sebelahnya).
Bapa : (Tersenyum membalas senyuman isterinya). Yalah, sudah 23 tahun rupanya kita membesarkan Along ni ya. Alhamdulillah, hingga kini abah lihat along sentiasa menjaga nama baik ibu dan abah. Along juga sudah mulai bekerja dan kinilah masa yang sesuai untuk kami memperoleh menantu… InsyaALLAH, tidak lama selepas itu menimang cucu pula…
Anak: (Dengan muka kemerah-merahan menahan malu). Ibu, abah… Along cukup menghargai jasa ibu dan abah selama ini terhadap along. Ibu, gadis itu sebenarnya tinggal tidak jauh dari rumah kita ini. Keluarganya orang baik-baik. Tidak lah terlalu kaya namun cukup permurah dan dihormati oleh penduduk kampung. Namun begitu, along bimbanglah ibu, abah……
Ibu : Bimbang ? Apa yang along bimbangkan ?
Anak : Along bimbang along tidak sesoleh sehingga sepadan untuk menjadi pendamping diri gadis itu. Bukankah along telah ceritakan betapa solehahnya gadis itu ?
Bapa : Along, abah gembira melihat along memilih gadis yang solehah untuk dijadikan isteri. Abah sendiri pun dianugerahkan Allah gadis yang baik yang mana akhirnya menjadi ibu kamu… (Tersenyum melihat isterinya. Isterinya kemudianya membalas senyuman itu).
Cuma sebelum along teruskan niat itu, mari kita bersama muhasabahkan diri. Cuba renung-renungkan diri dengan soalan-soalan ini.
1. Sejauh manakah along telah mendalami 3 bidang ilmu ini ?
Ada 3 bidang ilmu dalam kerangka Islam iaitu Ilmu Aqidah, Ilmu Fiqh dan Ilmu Tassauf.
Abah lihat ramai yang berusaha bersungguh-sungguh untuk belajar hukum hakam dalam ibadat wajib namun pada masa yang sama turut melakukan perbuatan-perbuatan syirik.
Along, sebagai pemimpin keluarga, jika tidak lebih, sekurang-kurangnya perlu setanding dengan ilmu yang dimiliki oleh isteri kita. Bukankan kita pemimpin untuk dirinya ?
Kalau tidak salah abah, sewaktu di sekolah pondok, along diajar mendalami kitab Anak Kunci Syurga, kitab Muhimmah dan Penawar Bagi Hati kan ?
Abah lihat di kedai-kedai buku sekarang sudah ada yg telah diterjemahkan ke dalam tulisan rumi. Kalau dahulu semua ini di dalam tulisan jawi dan bahasa arab.
Kalau along nk mengingati kembali huraian kitab-kitab itu, abah lihat banyak video-video kuliah Ustaz Azhar Idrus, Ustaz Kazim Elias, Dr Abdul Basit Abdul Rahman dan Ustaz Shamsuri Ahmad mengenainya di dalam youtube.com. kalau nak dengar mp3 pula abah lihat ada di mymaktabaty.com.
Kitab ni kita tidak boleh pandai-pandai nak baca sendiri. Boleh jadi tersasar pemahaman kita. Ialah kan, bahasa yang digunakan pun bahasa lama. Kenalah mencari guru untuk mengajarnya.
.
2. Bagaimanakah dengan keadaan fizikal dan mental along? Berkahwin bukan sahaja untuk menyalurkan kehendak fitrah pada jalan yang halal, tetapi juga medan yang penuh dengan komitmen. Anak along misalnya, boleh menjadi sama ada amanah yang menguntungkan atau fitnah yang membinasakan. Along juga perlu menjaga keperluan zahir dan batin isteri. Hubungan dengan keluarga dan masyarakat juga perlu dijaga.
Along sebagai anak perlu juga tidak membelakangi hak-hak ibu, abah dan kedua bakal mertua along. Terimalah mereka sebagai sebahagian dari keluarga along ye. Kerana pernikahan juga merupakan proses untuk menyatukan dua keluarga.
.
3. Adakah along menyedari bahawa kehidupan kita ini tidak pernah sunyi dari masalah? Abah bimbang along terjerumus dengan khayalan bahawa ke semua yang kita rancangkan akan menjadi sempurna seperti yang diharapkan. Sedarlah bahawa ke semua ini berada di bawah qudrat dan iradat Allah S.W.T.
Kita berkehendak, Allah juga berkehendak. Hanya kehendak Allah lah yang menjadi penentu ke atas semua perkara.
Along, boleh jadi selepas kahwin. Isteri along tidak lagi secantik seperti sewaktu di awal pernikahan. Komitmen terhadap tugasan juga adakalanya boleh menjadi punca regangnya hubungan yang sedia terbina. Boleh jadi along atau isteri ditimpa musibah, sakit misalnya. Ketika itu, adakah along tetap akan menyayangi isteri sepertimana di awal pernikahan ?
Boleh jadi juga ada unsur-unsur cemburu dan khianat terhadap kebahagian rumah tangga along. Boleh jadi hadirnya orang ketiga. Boleh jadi tomahan-tomahan dilemparkan. Boleh jadi juga ada yang begitu kejam sanggup menyihir keluarga along. Bersediakan along untuk itu ?
.
4. Tahukah along apakah dia rahsia keluarga yang bahagia ? Keluarga bahagia ialah keluarga yang mempunyai unsur – unsur syurga dan sifat – sifat mahmudah di dalamnya. Apakah unsur – unsur itu ?
Selain itu sentiasalah bermusyawarah bersama ahli keluarga. Pemimpin yang baik ialah pemimpin yang bersedia memimpin dan dipimpin. Yang lain-lain abah pasti along sedia maklum bukan ?
.
Along, perkahwinan merupakan sesuatu yang mengikat kita kepada suatu komitmen yang besar. Jika along masih mengingini peluang untuk ke sana ke mari menikmati kebebasan bagi melakukan aktiviti atau perkara-perkara yang disukai, perkahwinan akan menjadi sesuatu yang lebih membebankan.
Bersedialah untuk mengubah cara hidup agar sesuai dengan tanggungjawab yang dipikul. Abah yakin dengan kemampuan along untuk itu.
Anak : Terima kasih abah dan ibu. Along berjanji akan menjadikan nasihat tersebut sebagai panduan untuk mengemudi kehidupan selepas ini. Terima kasih atas segalanya…. (si anak kemudiannya memeluk kedua ibubapanya).
.
Kalau suka, jumpalah ibu bapa. Sayangnya, tiada yang berani, tanda tak bersedia. Kalau tak bersedia, kenapa nak bercinta? Bukankah itu pintu zina semata-mata? Nauzubillah. Aku berazam membangkitkan mereka daripada kelalaian fitnah wanita di akhir zaman dengan sebuah prinsip dan ketegasan.” (Fatimah Syarha, Pemilik Cintaku Setelah Allah dan Rasul)
Jika Zulaikha mampu menunggu Yusuf A.S. hingga bertemu cintanya yang sejati, di mana akhirnya berubah dari seorang penggoda kepada HambaNya yg solehah. Mengapa “Yusuf” di zaman kini tidak mampu menunggu kehadiran “Zulaikha” yang setia memelihara diri ke dalam hidupnya ?
Ya Allah, aku mendambakan seorang muslimah solehah sebagai isteri yang sah. Namun solehkan aku untuk itu ? Bimbinglah hambamu yang lemah ini Ya Allah..
.


Sumber: http://akuislam.com/blog/renungan/aku-bimbang-tidak-sesoleh-dirinya/#ixzz1gr1YNhcz

Sahabat

Saturday, 17 December 2011

hari ni macam terlebih rajin lah pulak nak update blog.entah feeling mana pulak yang saya dapat ni..teheee..
SAHABAT, kalian semua mesti punya sahabat kan? xkisah lah sahabat dari umur berapa sekali pun.yang penting sahabat itu boleh berada dengan kita saat suka dan duka..yang boleh pinjam kan bahu dia untuk kita merembeskan air mata dan sewaktu dengannya,,hehe..tapi yang penting punya telinga untuk mendengar celoteh kita tatkala duka dan mampu memberikan semangat untuk kita terus berlari...chewah...berlari kot mana tahu! heheh...dalam hidup saya sendiri saya punya sahabat yang datangnya dari pelbagai jenis background..ada yang jauh nun dari pantai timur dan utara, dari macam2 jenis sekolah pun ada. dan ada juga yang da terbiasa dengan bantal dan cik ted saya! :)

ok lah panjang bebenor la pulak kan saya nk buat intro..saya punya sahabat yang saya boleh klassifikasikan dalam pelbagai genre (apa awak ngt kawan2 awk tu filem ke kakak! )..tehee....maksud saya,saya letak sahabat2 saya ni dalam pelbagai jenis..kalau saya nak menuntut ilmu Allah,saya ada izaty rosli dan nurul athirah..kalau saya nak bershopping saya ada izzati khalid dan kalau saya nak bergosip dan berjimba saya ada marhanah! ok,cukup! mereka2 ini lah yng membantu saya mencorakkan hidup saya...mereka xpernah jauh untuk saya,.. tapi memandangkan masing-masing masih lagi memegang title pelajar, da jarang sangat kami bertemu..



1) izaty rosli = pelajar accounting
2) nurul athirah = pelajar muamalat admin (sekelas dgn saya since thun1 till now!)
3) izzati khalid = pelajar master
4) marhanah abu zahar = pelajar kewartawanan UITM shah Alam.(ye kot.sorry mar! ) :)





tapi handphone lah yang menyatukan kami.tapi izaty dgn athirah mungkin x..heheh.diorang saya boleh sy jumpa anytime je...sebb 1 university..tehee.....(ye ker? sambil mata pandang atas mulut mencebik dahi berkerut)  .. saya perlukan mereka2 ni untuk bantu saya bertatih,merangkak,berjalan dan seterusnya berlari.tanpa sahabat2 saya ni mungkin saya LOSt!

having all said that, mereka2 ini lah yang menjadikan saya faham erti dunia dan akhirat...1 sahaja similarity mereka.semuanya adalah dari didikan maahad.yang bezanya cara kami mengamalkan apa yang diajar.kerna itulah saya memilih untuk mencari apa yang telah banyak saya tingglkan..apa yang banyak saya lupakan...
moga sahabat2 saya ini bakal saya jumpa di syurga kelak.dan ingin sangat2 saya tiupkan ke hati2 mereka,

JANGAN PERNAH LUPA UNTUK MENEGUR DOSA SAYA


sama-sama membantu mempertingkatkan amalan dan pahala kita semua..saya dedikasikan semua ini hanya untuk sahabat2 yang saya sayang!







   athirah, merangkap adik yang sgt2 hebat kekuatan hatinya dan dia bff terbaik sy!






               izzati khalid, my bff ever since maahad till now



izaty rosli, bff saya yang sentiasa ada bersama saya tika duka dan suka.xpernah jemu mengajak saya mencari ilmu Allah.dan dialah sahabat dunia akhirat saya!





dan seorang lagi.MARHANAH..ala, saya xtau mana saya letak gambar dy..hukhuk..sob2..sorry my dear,i do have your picture but i misplaced it, i guess (nanti aku wat entry baru khas untuk ekau! )




 dan ini untuk kalian:

Sebaik-baik sahabat ialah yang elok dalam perangai dan budi pekerti.

Jangan basuh mangkuk persahabatan dengan cuka.

Apabila temanmu berubah dan bertukar keadaannya,jangan engkau tinggalkan dia,kerana sekali ia membengkok dan sekali ia melurus.

Sendirian lebih baik daripada mengambil teman duduk dengan orang jahat, dan teman duduk orang baik adalah lebih baik daripada sendirian.

Apabila engkau ingin mengambil seseorang menjadai teman,maka buatlah dia supaya marah kemudian suruh orang bertanya kepadanya tentang dirimu dan rahsiamu.Sekiranya ia mengatakan yang baik dan menyembunyikan rahsiamu,maka ambillah dia menjadai sahabat.

Tiadalah yang menyentuhkan akau ke dalam bencana selain kerana berteman dengan orang yang kau tidak malu kepadanya.

Kalau engkau ramai sahabat bersyukurlah!Lantaran ramai orang yang menghargai dan memperhatikan engkau,tandanya harga dirimu mahal dan timbangannya berat.

Persahabatan adalah perisai bagi segala bencana dan segala peristiwa yang terjadi pada setiap zaman. 

Manusia yang paling lemah ialah orang yang tidak sanggup mencari teman dan paling lemah daripada itu ialah orang yang menyia-yiakan teman yang diperolehinnya.

Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya apa yang tidak dikehendakinya,maka sesungguhnya ia telah berbuat zalim kepadanya.Barang siapa menghendaki daripada sahabatnya seperti apa yang dikehendakinya,sesungguhnya ia telah mendatangkan kepayahan kepadanya.Barang siapa tidak mengkehendaki apa-apa daripada sahabatnya,seseungguhnya ia berbuat keutamaan kepadanya.

Sahabat sejati adalah orang-orang yang dapat berkata-kata benar denganmu, dan bukan orang-orang yang dapat membenarkan kata-katamu.

Teman-teman kita kasihi daripada keluarga dan anak-anak kita,kerana keluarga mengingatkan kita kepada dunia dan teman-teman mengingatkan kita pada akhirat.

Uji sahabatmu dengan kepapaan atau kesusahan kamu.

Kekayaan menarik sahabat-sahabatmu.,kemiskinan menjadi penolaknya.

Sahabatmu pada hari ini boleh menjadi seteru pada hari esok.

Sahabat yang bebal lebih merbahaya daripada seteru yang berakal.

Sahabat yang celaka itu sentiasa melalaikan kita,tetapi seteru yang celaka sentiasa mengingatkan kita.

Anjing yang garang itu lebih baik daripada sahabat yang khianat.

Bersahabat dengan orang jahat itu ibarat berperahu di laut.Sunguhpun kita selamat daripada tenggelam tetapi kita tidak terlepas daripada rasa takut.

Sahabat sering menjadi musuh.Oleh itu berhati-hatilah memilih sahabat.

Bermusuh dengan orang yang berakal lebih ringan daripada bersahabat dengan orang bodoh.

Apabila datang kesusahan dan kepayahan,di situlah nyata kawan dan lawan.

Bersahabatlah dengan hatimu terlebih dahulu daripada bersahabat dengan orang lain.

Pengubat jerih manusia adalah dua keutamaan,pertama iman kepada Allah,kedua percaya kepada sahabat.

Supaya engkau beroleh sahabat,hendaklah diri engkau sendiri sanggup menyempurnakan menjadi sahabat orang.

Sahabatmu suka kepadamu,tetapi tidaklah tiap-tiap orang yang suka kepadamu itu sahabatmu.

Bila orang merasa dirinya besar,dia lupa akan salahnya,hanya sahabat yang setia sanggup membuka matanya.

Musuhmu adalah sahabatmu yang akrab.

Jangan ditanya siapa orang itu,tetapi tanyalah siapa temannya.Kerana teman saling mencontohi.

Apabila orang salih memandang akan orang fasik maka ia mendoakan"Wahai tuhanku,kurniailah kepadanya petunjuk,terimalah taubatnya dan ampunilah kesalahannya.

Suatu pendirian yang salah,tidak akan dapat dipertahankan apabila berhadapan dengan pendirian yang benar.

Manusia memang selalu lalai memperhitungkannya bahawa dia bersalah.Setelah datang malapetaka dengan tiba-tiba dia mejadi bingung,lalu menyalahkan orang lain atau menyalahkan takdir.

Mustahil bahawa yang salah akan dapat bertahan lama.Mempertahankan yang batil,sama seperti menunda kekalahan.

http://members.tripod.com/~Insani/kata2.html#kata%20hikmat%20sahabat