sgt universal kan...tapi sejauh mana kita takfsirkan adalah bergantung pada definisi masing2..tapi bagi saya, cinta dan kasih datang setelah kita cinta akan diri kita.bukan apa, setelah kita faham dan teliti diri kita siapa sebenarnya tatkala itu lah kita sedar yang kita tidak boleh mencintai orang lain selagi kita belum mencintai diri kita sendiri.bayangkan kalau kita mencintai orang lain tapi kita belum habis mencintai diri kita,apa pulak status org yg kita cintai.(ok,ayat pusing2.maaf!)
ada beberapa yang saya baca entry nya, subhanallah..hebatnya jalan cerita Allah...tapi bila lihat diri sendiri..Allah,aku belum cukup layak untuk menerima takdir MU yang hebat sebegitu rupa..kadang kita melihat Allah itu dari sudut yang negatif bila mana kita menerima kesan yang negatif..(nauzubillah)..tapi,percayalah wahai hati-hati yang Allah sayang,Allah itu sedang menyusun takdir untuk kita semua.Allah punya rancangan yang sangat hebat untuk tiap-tiap hamba NYA.kerana itu Dia digelar Tuhan yang Maha Adil!
saya juga punya rasa di hati inginkan seperti mereka,tapi siapalah kita untuk meminta pada Allah sebegitu.mungkin mereka telah diuji terlebih dahulu dan akhirnya atas nama SABAR dan TABAH, mereka mendapat kemanisan dan kebahagiaan.ala macm peribahasa dulu-dulu (peribahasa ker .teheee ), selepas hujan kan ada matahari memancarkan sinarnya. jadi begitu lah hidup .memang kadang-kadang Allah beri kita dugaan yang kita rasa,'Allah,beratnya rasa hati','kenapa aku ya Allah'....
tapi......wahai hati-hati yang Allah pegang,percayalah...Allah tidak akan menguji hamba-hambaNYA dengan ujian yang hambaNYA tidak mampu hadapi. dan Dia sangat2 Adil..tapi, bila da uji kenalah sentiasa mengingatiNYA.agar fitrah insan yang bila mana di uji barulah mencari Allah itu akan menjadi amalan ye sayang :)
seperti mana:
Kadangkala kita mengidamkan sesuatu berlaku, tetapi yang lain pula yang terjadi. Sebaliknya, ada yang kita tidak inginkan sama sekali, tetapi itu pula yang berlaku. Apabila berlaku demikian hati kita pasti terusik. Sesal, kesal, marah dan kekadang sangat kecewa. Jadi bagaimana kita harus menghadapi situasi sedemikian dengan sebaik-baiknya?
Pertama, kita perlu faham bahawa hidup ini ada peraturannya. Salah satu peraturannya ialah apa yang kita hendak tidak semuanya akan dapat dicapai. Inilah 'rules of life" – sunnahtullah. Siapa yang tidak mahu menerima hakikat ini... maka tidak layaklah dia hidup. Misalnya, kalau kita main bola, kena gunakan kaki. Tidak boleh gunakan tangan. Siapa yang hendak gunakan tangan juga, maka dia tidak layak bermain bola.
Begitulah juga dengan hidup ini. Hidup ini satu ujian. Tidak semua yang kita idamkan dapat dikecapi. Yang kaya, kadangkala tidak sihat. Yang ternama, dimusuhi orang. Yang sihat, terputus pula kasih-sayang. Inilah buktinya kita masih dan terus kekal sebagai hamba Allah. Hamba dicorakkan oleh Tuhan-nya.
petikan : Artikel iluvislam.com
:.peringatan buat diri ini juga :.
0 comments:
Post a Comment