aurat

Saturday, 17 December 2011

Alhamdulillah...terasa damai dan tenang di hati lepas hadiri usrah dengan sahabat2...
baru kita sedar yng kita ni perlu diingatkan, perlu di awasi, baru kita dapat lalui hidup dengan syariat Allah..
banyak perkara yang saya sedar saya belum cukup kuat untuk ikuti.padahal diri ni da tahu da yang Allah da suruh, da arahkan.tapi kenapalah liat sangat nak ikut...kakak! wake up..walau kita belum kiamat, tapi kita perlu bangkit tingkatkan amalan!..Allah,terasa kerdil sangat2 diri ini bila ukhti sebut pasal aurat..kebetulan,saya dtg usrah da molek da (perasan!) pakai jubah dan tudung..tapi........(yang sangat sukar saya buat) STOKING saya xpakai! ok....saya masih lagi belum ikut perintah Allah...

ya Allah, kenapalah hati ini susah nak buat..ukhti umi ada tanya kenapa kita nk segan, takut dan malu untuk ikut apa yang Allah suruh..lebih2 lagi isu AURAT..mungkin persekitaran kita bukan menitikberatkan isu agama tapi kita yang belajar dan faham kena dan wajib amalkan...

AURAT...bila ukhti umi tanya: ana nk tanya kakak lah maksud aurat ape?ape yg kakak definisi kan aurat?
errk......terkesima sekejap (sambil mata toleh kiri kanan mintk tolong kawan lain jawabkan)...aigoo...da lama tinggal teori agama...mcm mana nk jawab nih.....ok lah definition of aurat is as below:


Aurat wanita adalah seluruh anggota tubuhnya kecuali wajah dan dua telapak tangannya. Leher dan rambutnya adalah aurat di hadapan lelaki ajnabi (bukan mahram) walaupun sehelai. Pendek kata, dari hujung rambut sampai hujung kaki kecuali wajah dan dua telapak tangan adalah aurat yang wajib ditutup. Hal ini berlandaskan firman Allah Subhanahu wa Ta’ala,

Dan janganlah mereka menampakkan perhiasannya, kecuali yang (biasa) nampak darinya.” [TMQ An-Nur (24):31].



 2)Aurat Wanita dalam Hayaatul ‘Am (Kehidupan Umum/Public Life) 
Yang dimaksudkan dengan hayaatul ‘am adalah keadaan di mana wanita itu berada di luar dari kawasan rumahnya di mana mereka bercampur dengan masyarakat. Pakaian wanita dalam kehidupan umum iaitu di luar rumahnya terdiri dari dua jenis iaitu 

(a) libas asfal (baju bawah) yang disebut dengan jilbab, dan 
(b) libas ‘ala (baju atas) iaitu khimar (tudung). 

Dengan dua pakaian inilah seseorang wanita itu boleh berada dalam kehidupan umum seperti di jalanan, di pasar-pasar, pasar raya, kampus, taman-taman, dewan orang ramai dan seumpamanya. Dalil wajib memakai jilbab bagi wanita adalah berdasarkan firman Allah,

Wahai Nabi! katakanlah kepada isteri-isterimu, anak-anak perempuanmu dan isteri-isteri orang Mukmin, ‘Hendaklah mereka mengulurkan jilbabnya.” [TMQ Al-Ahzab (33):59]. 

3) Dalil mengenai wajibnya mengenakan pakaian bahagian atas (khimar/tudung) adalah Firman Allah,

Hendaklah mereka menutupkan kain tudung ke dada mereka” [TMQ An-Nur (24):31]. 








Sesungguhnya aurat wanita Islam bukanlah hanya tudung semata-mata sebagaimana yang difahami oleh sebahagian umat Islam sebaliknya apa yang paling penting ialah setiap Muslimah mestilah memahami batasan aurat dalam hayatul khassah (kehidupan khusus) dan hayatul am (kehidupan umum) menurut syarak selain menyedari keharaman bertabarruj atas semua wanita sama ada belum atau telah putus haid. Menutup aurat juga hendaklah didasari dengan iman dan taqwa iaitu mengharapkan keredhaan Allah semata-mata, bukan atas dasar hak asasi atau rutin harian











see....bila kita guna MR google banyak pulak terjemahan nya..yang kat ats ni saya copy dari mykhilafah...kenapalah otak saya ni xboleh search laju2 macm mr google ek..hissh....kakak! itu maksudnya kakak xhabis mengaji lagi.nak jalankan perintah Allah kena tahu semua perkara.kena tahu asbab kenapa kita kena lakukan.dalilnya....segala bagai,barula bila kita buat kita boleh berfikir seperti: 

a) ok, kakak kena pakai tudung bawah dada supaya nanti lelaki tengok mata xberpinar2.Allah pun da suruh dalam kitab NYA

b) ok.kakak keluar rumah kena pakai tudung plus xboleh keluar pakai seluar tido pendek...sebab kaki dan rambut tak boleh pamer sesuka hati sebb Allah da mention itu aurat,

c) ok.kakak kena pakai STOKING bila keluar berjimba sebb aurat wanita adalah selain tapak tangan dan muka sahaja.


kesimpulan nya, xsalah nak bercantik-cantik an (vocab power yang amat!) tapi dengan syarat, patuhlah dengan apa yang Allah suruh...

1) baju biar besar dan labuh menutupi semuanya kecuali tapak tangan 
2) tudung melepasi dada
3) kaki ditutupi dengan stoking

akhir kalam, saya sendiri masih merangkak-rangkak mematuhi arahan ALLAh..mencari-cari sinar hidayah....kerap kali lalai mengamalkan.sedang kita tahu yang balasan di akhirat kelak adalah cukup mengerikan dan bukannya bertambah pahala tapi dosa...

wahai hati - hati yang Allah pegang, berubahlah kepada yang lebih baik..agar hidup kita dijamin bahagia oleh Allah kelak.

wallahu 'alam

0 comments: